Episode Details
Back to Episodes
Sasar Rohingya sebagai mangsa samun, empat lelaki dicekup polis
Description
#ICYMI Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun yang dipercayai aktif menyasarkan etnik Rohingya di sekitar Kubang Pasu selepas menahan empat lelaki tempatan dalam operasi khas yang dijalankan di Kedah, Perlis dan Perak baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kejayaan itu susulan laporan polis yang diterima pada jam 1.30 pagi, 17 Ogos lalu daripada seorang lelaki warga Myanmar yang mendakwa disamun tiga lelaki bertopeng bersenjatakan pisau di sebuah rumah sewa di Kampung Kodiang Lama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794363/berita/semasa/sasar-rohingya-sebagai-mangsa-samun-4-lelaki-dicekup-polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.