Episode Details

Back to Episodes
Lari ke lombong, menyorok bawah katil elak dicekup imigresen

Lari ke lombong, menyorok bawah katil elak dicekup imigresen

Episode 7816 Published 2 weeks ago
Description

Cubaan puluhan pendatang asing tanpa izin (PATI) meloloskan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertukar menjadi drama apabila sebahagian daripada mereka nekad melarikan diri ke kawasan lombong berhampiran rumah kongsi di tapak pembinaan kondominium di USJ 23, Subang Jaya, awal pagi Sabtu.

Serbuan kira-kira jam 1.55 pagi itu digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor serta Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793024/berita/semasa/cubaan-pendatang-asing-tanpa-izin-loloskan-diri-dari-serbuan-di-subang-jaya

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI #Imigresen

Listen Now

Love PodBriefly?

If you like Podbriefly.com, please consider donating to support the ongoing development.

Support Us