Episode Details
Back to Episodes
MJ12 ORIGINAL EP34: TOYOL
Description
Selama hampir empat tahun, duit keluarga Kak Eja sering hilang secara misteri. Malah wang yang disimpan dalam laci berkunci pun boleh lenyap tanpa sebarang tanda. Lebih menyeramkan, anaknya pernah ternampak kelibat seperti seorang budak kecil berwarna kehijauan di dalam rumah. Namun selepas Dzul cuba membantu, gangguan itu terhenti… tapi hanya buat sementara. Beberapa bulan kemudian, kejadian yang sama mula berlaku di rumah adik-beradik Kak Eja pula. Setiap keluarga turut mempunyai seorang anak yang dikatakan mampu melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat orang lain. Apabila Dzul mula mengaitkan kejadian itu dengan satu kisah lama dalam sejarah keluarga mereka, timbul satu persoalan. Adakah benda yang selama ini disyaki sebagai toyol sebenarnya berkait dengan sesuatu yang jauh lebih lama?
See omnystudio.com/listener for privacy information.