Episode Details
Back to Episodes
MJ12 ORIGINAL EP3: BANGLO BERHANTU
Description
Kisah ini bermula apabila sebuah keluarga menyewa sebuah banglo sunyi di Pasir Mas, Kelantan sempena majlis aqiqah. Pada awalnya semuanya kelihatan normal… namun menjelang tengah malam, satu per satu gangguan pelik mula berlaku. Suara misteri, langkah kaki berloceng, dan kelibat yang tidak dapat dijelaskan. Keadaan menjadi semakin seram apabila gambar yang diambil secara tidak sengaja mendedahkan ‘penghuni’ sebenar banglo tersebut. Kemuncaknya, satu kejadian kerasukan membuka rahsia tragis penghuni lama… dan satu amaran yang mengundang padah. Adakah semua ini sekadar kebetulan… atau sesuatu yang masih belum selesai?
See omnystudio.com/listener for privacy information.