Podcast Episode Details

Back to Podcast Episodes

MENGENAI KAMI


Season 1 Episode 1


Salam sejahtera Tuan-tuan dan puan-puan. Saya Dr CK daripada Perkhidmatan Agro Pintar Sdn Bhd.

Sedikit pengenalan tentang Perkhidmatan Agro Pintar.  Syarikat ini diperbadankan di Malaysia pada 6 April 2021. Ia adalah buah fikiran daripada kumpulan individu yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan, pemasaran and pengusahaan pertanian yang berkomitmen untuk mereformasikan pertanian tempatan.

Visi PAP ialah Pertanian Pintar Wawasan Anda, kami berhasrat menjadi pusat penyelesaian pertanian sehenti untuk tn-tn dan pn-pn. Dengan servis-servis yang ditawarkan, kepakaran pertanian profesional berasaskan penyelidikan dan data saintifik terkini, ialah sesuatu yang mampu dimiliki semua. Pendek kata, Pertanian professional  di tangan anda

Antara servis-servis yang ditawarkan oleh kami ialah:

1. Pembekalan baja:

Baja yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman, e.g. Kelapa sawit, sayuran, durian, nenas, lada, herba, etc.

Baja Sebatian, Baja Organik, Baja Kompak, Baja Campuran Granular, Bio Microbes Kompos Organik

2. Contract Farming

Dalam perancangan – untuk kawasan Perak

Penanaman jagung, betik, pisang etc

3. Persediaan plot ujian: kajian makmal atau kajian lapangan

Berkerjasama dengan universiti, menyediakan kajian saintifik dan peluang latihan kepada intern. Menyediakan laporan saintifik, Selain itu, pihak kami juga membantu anda menyediakan bahan komunikasi untuk koporat, daripada hasil penyelidikan ini

4. Perkhidmatan analisis makmal

Nitrogen (N), Phosphorus (P), Potassium (K), Magnesium (Mg), Calcium (Ca), pH, etc [sampel: baja, tanah dan daun]

Sifat fizikan tanah

Antioxidant, bioaktiviti tumbuhan herbal

5. Perkebunan bijak & penanaman tepat

Servis ini menekankan Penerapan pembelajaran mesin, sensor, iaitu alat penderia dan teknologi drone untuk pengesanan, pemantauan, pencarian landskap dan perancangan pra-penanaman. Ia juga menyediakan alat yang tidak merosakkan pokok dalam pengesan status pokok,, pengurusan penyiraman dan nutrient. Dengan penanaman tepat ini, kami boleh mempunyai penyelesaian yang bertanggung jawab dan lestari: ia juga mesra alam dan menjaga bumi

6. Perundingan agronomi

Memaksimumkan apa yang diperoleh dari uji kaji dan analisis makmal.

Sesi klinik secara peribadi

Menekankan strategi dalam tindakan untuk program yang dihasilkan khas untuk anda

Akhir sekali. Team perkhidmatan agro pintar ingin megambilkan kesempatan ini untuk memperkenalkan podcsat agro pintar.

Matlamat podcast ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan pertanian profesional yang mampu dimiliki semua. Terutamanya penyelesaian dan perkhidmatan pertanian yang didorong oleh penyelidikan dan data saintifik terkini.

Ikutilah Facebook page dan podcast kami untuk perkembangan selanjutnya. Sekian terima kasih


Published on 4 years, 5 months ago






If you like Podbriefly.com, please consider donating to support the ongoing development.

Donate